Pertama: Memahami konsep toleransi dan tiada paksaan dalam Islam. Islam bersifat agama yang mengiktiraf kedudukan manusia yang bersifat pelbagai agama ( multi-religious ) dan pelbagai budaya ( multicultural ). Kerana itu, Islam memberikan kebebasan dan menegaskan bahawa tiada paksaan dalam Islam. Justeru, memainkan isu atau sentimen perkauman sama ada berdasarkan agama atau bangsa atau keturunan atau kaum bukanlah daripada Islam. Sedarlah, tiada penyelesaian yang boleh dicapai dengan membangkitkan isu perkauman. Sesungguhnya mustahil untuk kita menyatukan rakyat Malaysia sebagai satu kaum, tetapi kita mampu untuk menjadikan mereka sebagai saudara seagama dengan menyeru kepada Islam. Kedua: Mewujudkan suasana harmoni dan kemesraan. Sesungguhnya individu atau jiran yang baik pasti akan menjalinkan hubungan baik sesama jiran. Saling kenal mengenali, saling bertegur sapa, melemparkan senyuman, sentiasa bertanya khabar dan berusaha untuk tidak menimbulkan...