Gambar Sekadar Hiasan Pelbagai perkara sering berlaku didalam kerukunan jiran tetangga. Selain dari sifat-sifat baik yang ditonjolkan dalam pergaulan seharian yang melibatkan kejiranan, terdapat juga segelintir masyarakat yang tidak tahu menghormati kejiranan serta membuat kebaikan yang dapat mewujudkan keharmonian. Sifat paling ketara adalah apabila tidak beradab dengan jiran. Antara kesan apabila tidak beradab dengan jiran adalah seperti berikut : 1. Tidak akan mendapat ketenangan hidup - Apabila kita tidak beradab dengan jiran, kita tidak akan mendapat ketenangan hidup apabila seringkali diselubungi rasa bersalah dan sering mewujudkan perkara-perkara negatif di dalam minda hingga akhirnya wujud pula masalah hati yang tidak tenang. 2. Terpinggir daripada masyarakat - Masyarakat tidak akan bergaul dengan jiran yang tidak beradab dan tidak tahu menghormati hati dan perasaan jiran tetangga. Selain itu, apabila tiadanya adab, maka kita akan mengganggu ruang per...
Sikap prihatin kepada jiran merupakan satu budaya terpuji.Antara tingkah laku terpuji seperti :- 1. Bertolak ansur dengan jiran. 2. Hormat menghormati antara satu sama lain. 3. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia. 4. Kemudahan yang perlu dikongsi bersama dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. 5. Sentiasa bersedia memberi sebarang bentuk bantuan dan pertolongan yang diperlukan. 6. Bantulah mereka apabila ditimpa kesusahan dan malapetaka, agar hati mereka menjadi tenang dan tenteram. 7. Menziarah ketika mereka sedang sakit. 8. Tidak menghebahkan segala kesalahan keaiban dan kesilapan jiran. 9. Berlemah-lembut dan anak-anaknya. 10. Sentiasa mendoakan dan kebahagian jiran.
Antara kebaikan semangat kejiranan:- 1.Kita akan mudah mendapat bantuan jika kita menghadapi sesuatu masalah. Jiran adalah orang yang paling hampir dengan kita untuk kita memohon pertolongan. 2.Jiran dapat menjamin keselamatan tempat tinggal kita yang mendorong jiran kita menjaga keselamatan tempat tinggal kita. Contoh pada musim perayaan, jika kita pulang ke kampung untuk menziarahi rumah saudara-mara, jiranlah orang yang kita harapkan dapat membantu menjaga rumah kita. 3.Jiran akan dapat membantu kita dalam menjayakan majlis keramaian. Majlis keramaian yang kita adakan kadangkala memerlukan bantuan jiran di sekeliling kita. Dengan adanya bantuan jiran ini majlis tersebut menjadi ringan dan Berjaya dilaksanakan. 4.Semangat yang terjalin juga membolehkan gejala negatif di tempat tinggal kita dapat dicegah. Jiran yang baik, pastinya dapat mendidik dan menasihati anak mereka agar tidak melakukan perkara negatif yang boleh mengganggu ketente...
Comments
Post a Comment