PENGENALAN

Hubungan kejiranan mampu mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Ia juga boleh membentuk satu jaringan komuniti yang paling sempurna. Hubungan kejiranan ini juga turut mewujudkan interaksi sosial yang sempurna dan mampu menggalakkan perpaduan dalam kalangan penduduk setempat. Jika disebut perkataan jiran sudah pastilah, makna mudahnya iaitu orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga. Hubungan kejiranan ini penting kerana ia melibatkan kerjasama dalam segala aspek khususnya aspek keselamatan setempat.
 
Semangat kejiranan yang tinggi boleh dikaitkan dengan jaminan keselamatan. Hasil kajian yang dilakukan telah menunjukkan bahawa mereka yang sering berasa tempat tinggal mereka selamat akan mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi terhadap jiranjirannya. Di sini, jelaslah bahawa peranan jiran amat penting dalam menjamin keselamatan penduduk di sesuatu kawasan. Beliau juga turut mencadangkan bahawa mewujudkan suasana jiran yang bersatu-padu mampu mengurangkan indeks jenayah di samping dapat menghasilkan lebih banyak modal sosial di kawasan kejiranan. Tambahan pula modal sosial ini sebenarnya terbentuk melalui interaksi sosial dalam sesuatu komoniti. Beliau turut melihat bahawa jaringan sosial ini dapat membantu masyarakat setempat untuk berurusan dengan organisasi tempatan yang diwujudkan, membina masyarakat yang rela memberi sumbangan, boleh bersosial secara tak formal serta boleh mewujudkan kesejahteraan sosial. Semua ini adalah penting dalam memberi jaminan kesejahteraan kepada semua penduduk “urban village”.
 
 

Comments

Popular posts from this blog

KESAN TIDAK BERADAP DENGAN JIRAN

AKHLAK TERHADAP JIRAN

KELEBIHAN HIDUP BERJIRAN