KESAN TIDAK BERADAP DENGAN JIRAN

Image result for kesan tidak beradab dengan jiran pdf
Gambar Sekadar Hiasan 

Pelbagai perkara sering berlaku didalam kerukunan jiran tetangga. Selain dari sifat-sifat baik yang ditonjolkan dalam pergaulan seharian yang melibatkan kejiranan, terdapat juga segelintir masyarakat yang tidak tahu menghormati kejiranan serta membuat kebaikan yang dapat mewujudkan keharmonian. Sifat paling ketara adalah apabila tidak beradab dengan jiran.
Antara kesan apabila tidak beradab dengan jiran adalah seperti berikut :
1. Tidak akan mendapat ketenangan hidup - Apabila kita tidak beradab dengan jiran, kita tidak akan mendapat ketenangan hidup apabila seringkali diselubungi rasa bersalah dan sering mewujudkan perkara-perkara negatif di dalam minda hingga akhirnya wujud pula masalah hati yang tidak tenang. 

2. Terpinggir daripada masyarakat - Masyarakat tidak akan bergaul dengan jiran yang tidak beradab dan tidak tahu menghormati hati dan perasaan jiran tetangga. Selain itu, apabila tiadanya adab, maka kita akan mengganggu ruang peribadi kejiranan kita. 

3. Berlaku perselisihan faham antara jiran tetangga - Perkara ini dilihat cenderung berlaku apabila diantara jiran, tiada komunikasi yang baik malahan lebih membimbangkan apabila berlakunya fitnah dikalangan masyarakat setempat yang melibatkan jiran tetangga. Adakalanya, permusuhan itu tidak wujud dengan sendirinya tetapi berpunca dari perselisihan faham yang tidak cuba dirungkaikan dengan pihak yang sepatutnya.

4. Merosakkan perpaduan dan membangkitkan permusuhan dalam kalangan masyarakat - Jiran yang tidak beradab akan lebih menjejaskan perpaduan dikalangan masyarakat. Hal ini lebih mudah dilihat apabila tiadanya kerukukan diantara jiran tetangga dan lebih buruk lagi apabila permusuhan dikalangan masyarakat berpunca dari ketiadaan adab dari jiran tetangga yang berlainan agama. Perkara yang melibatkan agama lebih mudah dibangkitkan menjadi permusuhan dikalangan jiran tetangga.

5. Sukar mendapat pertolongan ketika kesusahan - Jiran yang tidak beradab akan sukar mendapat pertolongan apabila ditimpa kesusahan. Ini kerana, apabila kita tidak beradab, jiran-jiran tidak akan mendekati dan tidak akan mengambil tahu hal ehwal kita. Permasalahan ini berpunca dari sikap diri sendiri yang tidak tahu menjaga adab baik melalui perbuatan mahupun tutur kata.

Comments

  1. Salam ustazah/ustaz...kalau jiran kita tak bercakap dengan kita macam mana...kita tegur jiran kita...tapi jiran kita buat endah tak endah ja...cerita nya..jiran saya buat kenduri akad nikah anak dia...dia menjemput suami saya...tapi dengan saya dia tak bercakap...bila saya tegur pun dia buat tak reti ja...

    ReplyDelete
  2. Doa yg baik2 utk jiran & bersangka baik jer...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

AKHLAK TERHADAP JIRAN

KELEBIHAN HIDUP BERJIRAN